Sinopsis Dia Semanis Honeymoon

Setelah Bella ditangkap, Ahnaf dan Hani sangat bahagia dengan perkahwinan mereka, tambahan lagi Hani sedang berbadan dua membuatkan hidup mereka terasa lengkap. Atas cadangan ibu bapa mereka, Ahnaf dan Hani akhirnya pergi berbulan madu ke Bali Indonesia. Di sana Ahnaf berusaha menjaga Hani sebaik mungkin. Walaubagaimanapun mereka kemalangan kerana kereta yang dipandu Ahnaf terbabas dan menyebabkan Hani hilang semua ingatan tentang Ahnaf.